Hari demi hari masa berlalu dengan pantas tanpa memandang belakang dan adakalanya kita hayal di tinggalkan oleh masa yang sentiasa meneruskan perjalanan... Kita sebagai pemandunya haruslah memerhatikan setiap perlakuan dan arahan dari diri sendiri.....
Wednesday, October 31, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Andai DIA
DIA adakala membuat kita tersenyum,
DIA adakala membuat kita tertawa,
DIA adakala membuat kita rasa sedar dari lamunan,
DIA banyak mengajar erti kehidupan,
DIA sentiasa bersama kita wlw kita dalam apa keadaan sekalipun,
Andai DIA tiada,
Ibarat hilangnya seri dalam hidup kita,
Sayangilah DIA,
Hargai dimana selagi Allah masih tetapkan DIA untuk kita.
SEtiap yang dianugerahkan untuk kita adalah sesuatu yang "TERISTIMEWA"
Monday, October 29, 2012
Sekeras Hati Manusia
~ Janganlah terlalu AMBIL HATI apabila ada yang menegur
kita..kadangkala mungkin kita tidak berapa setuju dengan
TEGURAN mereka itu..tapi, bukankah LEBIH BAIK jika ada
yang menegur daripada tiada siapa peduli akan
KESILAPAN
yang ada tidak kita sedari?
Teguran adakala
MENYAKITKAN tapi ianya BERNIAT untuk
MENYELAMATKAN
kita daripada KESAKITAN yang lebih parah.. ~
Salinglah MENJAGA dan MENASIHATI antara satu sama
yang lain, InsyaAllah... (◠‿◠)
Sahabat fillah
Berbahagialah jika Allah swt memberikan hatimu sering
merasa sebagai hamba_Nya...
Dan alangkah malangnya bagi kita jika dihati kita terkubur
rasa sebagai hamba_Nya.
Sahabat fillah
Seorang hamba yang taat di dalam ketaatannya kepada
Allah sesungguhnya akan bersedih hati
setiap kali selesai beribadah kepada_Nya.
Gemetar hatinya karena merasa bimbang apakah
ibadahnya diterima bahkan menjadi
murka_Nya..
Tak pernah terlintas dihatinya bahwa ibadah tsb adalah
kehebatannya.
Hanyalah sebagai upaya anugrah yang belum pasti nilainya
di sisi Allah swt.
Kadang kadang kita mempertikaikan byk persoalan
Kadang kadang kita tak tahu knpa kta sering terluka
Kadang kadang juga kta tak tahu mengpa kta sedih
Kadang kadang juga kta tak tahu knpa kta menangis
Kadang kadang juga kta terfikir adakah org tahu isi hati kta
Kadang kadang juga org melihat kta tdk ada perasaan
Kadang juga kta tdk mampu utk menipu hati kta lagi
Kadang kadang juga kta rasa tdk mampu bertahan lagi
Kadang kadang juga kta terfikir utk lari dri semua ini
Namun itulah yg telah DiTentukan Oleh-Nya
Terima dgn terbuka walaupun terluka
SENJATA syaitan yang pertama ada di dalam diri kita ialah marah atau panas baran. Marah merupakan salah satu sifat dan warisan iblis laknatullah sejak penentangannya terhadap penciptaan Adam a.s.
Sejak keengganannya sujud kepada Adam a.s , sejak itu api marah mula membara dan menjadi cara hidup iblis serta bala tenteranya. kena kawal prasaan marah.. Kalau tak dikawal, nanti jadi parah..
Hidup ni tak selalunya indah. Dah hidup ini juga kadang-kadang penuh dengan kejutan. Kejutan yang kadang-kadang tidak mampu kita duga. Dan hidup ini juga kadang-kadang tak pernah lelah dengan ujian. Ujian yang mampu menggugah duduk berdiri kita. Kadang-kadang kita gembira sebab berada di puncak. Dan tiba satu masa, kita menangis penuh esak mengenangkan jatuh duduk kita.
Dalam hidup ni, tak semua yang kita impikan akan kita dapat. Sebab mungkin yang kita impikan itu bukanlah sesuatu yang terbaik untuk kita. Sakit. Memang sakit. Tapi bukanlah untuk selama-lamanya kita rasakan kesakitan itu. Selagi belum tiba masanya, jangan sesekali kita putus harap. Sebab, realiti itu kadang-kadang bermula dengan sebuah pengharapan. Percaya dan yakin diri. Sekali melangkah bukan untuk berhenti di pertengahan. Semoga yang indah akan hadir selepas mengharungi sebuah kesakitan.
Sungguh. ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jangan pernah putus harap. Jangan pernah berhenti di pertengahan. InsyaALLAH, akan ada pelangi di penghujungnya...
Usaha dan terus berdoa. Semoga ALLAH hadirkan yang terbaik untuk kita. InsyaAllah BermanFaat..
Renungan kita bersama :)
Sunday, October 14, 2012
Retak si dayung
Bekas yang retak akan membuatkan kita rasa gerun untuk
menggunakanya..Namun bekas itu masih mampu untuk kita
perbaiki...kita yakin bahawa bekas yang dimili akan memberi kita
kebaikan dalam kehidupan kita untuk permudahkan segala
urusan....
Hargai bekas tersebut kerena bekas yang dianugerahkan tidak
sama seperti bekas yang kita gunakan walaupunsama bentuk, saiz,
dan isi kandunganya...namun terdapat pelbagai perbezaan kerana
bekas yang retak masih berharga dan berjasa kepasa kita... maka
jagalah bekas yang di anugerahkan untuk di jadikan bekalan ...
Terbang Nuri membawa khabar,
Khabar berita untuk permaisuri,
Ingat segala semua ikhtibar,
Jangan sampai memakan diri,
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)
.jpg)

