Pages

Monday, January 14, 2013

layarnya kapal tanpa nakhoda,
bagai melepaskan perahu tanpa haluan,
hidup tanpa paduan akan sesat di kemudian,
namun tidak semua orang ingin mencari sinar di hadapan,
hanya memberi ALASAN...ALASAN...ALASAN...

tidakkah kita berfikir sejenak,
apa yang bakal berlaku,
natijah antara kesemua perkara yang diperlakonkan,
tanpa memikirkan segala kesan,

jangan biarkan perahu menghulu tanpa panduan ,
dari muara ke tengah lautan,
menaruh badai tanpa pengetahuan yang menjadi bekalan

Thursday, January 10, 2013

Jangan persoalkan semuanya




Kadang kadang kita mempertikaikan byk persoalan

Kadang kadang kita tak tahu knpa kta sering terluka

Kadang kadang juga kta tak tahu mengpa kta sedih

Kadang kadang juga kta tak tahu knpa kta menangis






Kadang kadang juga kta terfikir adakah org tahu isi hati kta


Kadang kadang juga org melihat kta tdk ada perasaan


Kadang kadang juga kta tdk mampu utk menipu hati kta lagi



Kadang kadang juga kta rasa tdk mampu bertahan lagi



Kadang kadang juga kta terfikir utk lari dri semua ini




Namun itulah yg telah DiTentukan Oleh-Nya






Terima dgn terbuka walaupun terluka

SENJATA syaitan yang pertama ada di dalam diri kita ialah marah atau panas baran. Marah merupakan
salah satu sifat dan warisan iblis laknatullah sejak penentangannya terhadap penciptaan Adam a.s.

Sejak keengganannya sujud kepada Adam a.s , sejak itu api marah mula membara dan menjadi cara hidup iblis serta bala tenteranya. kena kawal prasaan marah.. Kalau tak dikawal, nanti jadi parah..

Hidup ni tak selalunya indah. Dah hidup ini juga kadang-kadang penuh dengan kejutan. Kejutan yang kadang-kadang tidak mampu kita duga. Dan hidup ini juga kadang-kadang tak pernah lelah dengan ujian. Ujian yang mampu menggugah duduk berdiri kita. Kadang-kadang kita gembira sebab berada di puncak. Dan tiba satu masa, kita menangis penuh esak mengenangkan jatuh duduk kita.

Dalam hidup ni, tak semua yang kita impikan akan kita dapat. Sebab mungkin yang kita impikan itu bukanlah sesuatu yang terbaik untuk kita. Sakit. Memang sakit. Tapi bukanlah untuk selama-lamanya kita rasakan kesakitan itu. Selagi belum tiba masanya, jangan sesekali kita putus harap. Sebab, realiti itu kadang-kadang bermula dengan sebuah pengharapan. Percaya dan yakin diri. Sekali melangkah bukan untuk berhenti di pertengahan. Semoga yang indah akan hadir selepas mengharungi sebuah kesakitan.

Sungguh. ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jangan pernah putus harap. Jangan pernah berhenti di pertengahan. InsyaALLAH, akan ada pelangi di penghujungnya...
Usaha dan terus berdoa. Semoga ALLAH hadirkan yang terbaik untuk kita. InsyaAllah BermanFaat..
Renungan kita bersama :)

Kau Lindungilah Kami Di Bawah Lembayung-Mu

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya daku berlindung

 kepada-Mu daripada keluh-kesah dan dukacita, daku 

berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, 

daku berlindung kepada-Mu daripada sifat kedekut dan 

penakut... daku berlindung kepada-Mu daripada tekanan 

hutang dan kezaliman manusia...